Pages

Monday, 22 July 2013

Teratai Cik Kiah

Assalamualaikum
tengah geram ni, sebab ape, geram sebab tengok pic yang cik Kiah (kawan opis) ambil sangat la cantik, gambar ape? gambar teratai kt bawah nu

memang superb!!

nilah gambarnyer, cik Kiah ni memang pandai shoot gambar, shantek kata beliau..lepastu, bila dah geram teringin pulak nak lukis (tetiba datang mood) pun lukis lah macam kt bawah nu..

saya guna poster colour jer..tapi campur sikit acrylic


first lukis background dedaun hijau

kemudian baru masukkan kaler dekat teratai

taraa!!...

ni pic CIK KIA ambil dekat opis dia..pagi tadi dah pass artwork ni dekat dia.

SEKIAN. Wassalam.
pssssttttt..ade orang suruh lukih artis korea, hensem..hihihih

Sunday, 21 July 2013

Pameran Qarin bertemakan Islam : Matic KL jalan Ampang

Assalamualikum

Pameran Qarin telah pun berlangsung dan akan tamat pada akhir bulan ini, terima kasih diucapkan pada kawan-kawan yang tidak langsung mengenali dri ini tetapi tidak sombong semasa sesi pergantungan karya. Dan saya budak baru belajar sekali lagi terharu dan seronok kerana diberi peluang untuk join pameran ini, dan antara karya yang dipamerkan sesungguhnya sangat hebat2 belaka (jauh ketinggalan saya). Dibawah adalah antara gambar yang sempat saya shoot untuk tatapan semua.
terima kasih cik Wani pinjam henfon canggih beliau untuk shoot pic ni :)

















Thursday, 18 July 2013

Pameran Pensel Warna : Galeri Shah Alam

Assalamualaikum semua.
sebuah pameran bertemakan pensel warna telah pun habis diadakan di Galeri Shah Alam lalu. hehe.. dah lepas pun tapi baru je nak update pasal pameran ni. Azie mcm biasa, dalam hati nak masuk berkobar-kobar tapi ada komitmen yang harus azie tanggung. Bukan tak pernah cuba, ade!..kalau nak tahu ade satu artwork belum siap yang azie dh buat separuh jalan, namun masa dan kesibukan membatasi semuanya. Takpelah, lain kali dan lain tahun, insyaAllah kalau ada lagi pameran macamni, azie berazam nak masuk(doakan la yer)

berbulan-bulan lalu, sempat pergi tengok pameran kawan-kawan di Galeri Shah Alam, dan hasilnya memang WOW!!!..OHSEMM!!..tapi tak dapat nak snap banyak sebab nak cepat, nak kene pergi tempat lain pula. So harapa kawan-kawan saksikan lah sendiri beberapa pic yang sempat saya snap.

















Sekian , terima kasih :)

Wednesday, 10 July 2013

Pameran Qarin (bertemakan Islamic) di Matic KL

Assalamualaikum semua...
Sempena bulan Ramadhan tahun ni, Sebuah pameran yang bertajuk Pameran Qarin berkonsepkan islam telah diadakan di Matic KL, tidak ketinggalan sy pun join jugak. Artwork yang dipamerkan daripada artis sangatlah hebat (kecuali saya) dan saya pun pertama kalinya join pameran ni. Pertama kali mendengar Pameran ni (apabila di invite oleh rakan) sy terfikir, boleh ke buat karya ni..boleh ke habiskan sebab waktu sangat singkat..kalau tak join mmg rugi? banyak persoalan sebenarnya. Terutama sekali apabila pada waktu itu, office di unit sy sangat bz bz bz dan bz.. Asal ade waktu terluang di ofis, mesti sy study (di library, internet dan buku) pasal kesenian islaam ini. Seperti mana yang kita tahu, seni islam bnyak menggunakan bentuk geometri dan sangat popular selain khat. Idea asal adalah untuk menghasilkan 2 karya berbeza iaitu satu karya berbentuk khat dan satu karya berbentuk abstrak(dalam hati berdoa supaya Allah makbulkan doa untuk siapkan karya ni) Dalam leka membz kan diri dengan kerja ofis dan komitmen sebagai isteri dan ibu, saya gagahkan jua ambil waktu terluang saya (ketika husband dan anak tido) melakar apa yang termampu di atas kertas..dan akhirnya..Alhamdulillah siap juga 2 karya berbeza seperti gambar di bawah tu...