Pages

Sunday, 19 May 2013

Blogger Art!! saya ler tu......

Assalamualaikum

terdetik hati nak kongsi cerita pasal blog dan art dalam hidup saya harini. Saya boleh merepek meraban sebab ini blog saya dan tak banyak orang baca blog saya ni (malas nak cari follower) so kalau anda terbaca blog art yang tak berapa femes ni, sila lah habiskan dulu membaca nyer (kesian saya taip panjang panjang). Mesti anda semua pelik... duhh why this budak nk story story ni..upload art picture sudahh.... Hokey hokey... I pun nak cerita bagai jugak...

Kalau anda semua perasan blog dalam ni semua pasal art, takder langsung cerita pasal diri dan kehidupan saya, well..dulu ade lah blog pasal saya, tapi dek kerana saya ni dikurniakan sesusuk tubuh yg montel dan seraut wajah ala-ala segan hidup mati tak mahu..so saya gali dan tanam balik la hasrat sy untuk mengekspresikan kan kehidupan sy di alam maya ni. Saya suke dan seronok membaca blogger terkenal seperti maria elena fatin liyana lepastu blogger rakan ku yg aku kenal elfamisa ieda... 3 orang tu je yg aku aktif bace..blogger lain sprt cik epal, yuyu zulaika, badiah lai..etc...aku just ikut mood je, disebabkan aku malas nk bukak blog orang lepastu malas nk cari follower..kalau anda semua tengok follower aku mmg sangat sadis la sebab sikit sangat, lepastu xder orang nk komen bagai kt bawah entry (agaknyer mereka bosan kot). Itu tandanya aku adalah blogger yg sangat pemalas nk aktif, aktif kalau ikut mood( adik2 jangan tiru yer kalau nk jadi blogger yng berjaya)

aku bermula sebagai blogger pada tahun  2008, blog yang pada mulanya cerita pasal kehidupan sebagai gadis, cerita pasal perjalan untuk masuk ke alam perkahwinan dan juga pengalaman2 tinggal merantau di KL ni. Namun dek kerana busy dan komitmen kerjaya sebagai Graphic Designer(orang yang keje Designer je tahu nasib kami macamnane, no life but have Allah) keluar pagi gelap balik pun gelap...cuma pagi dengar ayam berkokok( kl ade ke ayam) malam dengar pontianak menjerit..hihihi..buat lawak sikit..hokey hokey kalau x lawak jangan gelak. Selepas itu, dah tak bnyak entry yang aku post, seingat aku la, entry yang akhir adalah entry KARI MANIS. lepastu dah lama tak buat entry just aktif Deviantart, ym pun dh malas. Tahun tu jugalah aku buat persiapan perkhawinan, memang bz dan bz. Akhirnya tahun 2009 aku berkahwin dan mendapat kerja baru dalam bidang permuziuman, Alhamdulillah..kerja tak sesibuk mana(orang baru lah katakan) so boleh lah terjun dalam bidang blogger sekali lagi, pun sama jugak, tak bnyak entry, akhirnya aku putuskan untuk membuat sebuah blog yang bertemakan ART..hmmm, setelah setahun menyiapkan bahan campur sekali tahun aku nak bersalin dan pantang, akhirnya tahun 2011 siap blogger Art yang tak seberapa femes ni.. ALHAMDULILLAH