Pages

Monday, 22 July 2013

Teratai Cik Kiah

Assalamualaikum
tengah geram ni, sebab ape, geram sebab tengok pic yang cik Kiah (kawan opis) ambil sangat la cantik, gambar ape? gambar teratai kt bawah nu

memang superb!!

nilah gambarnyer, cik Kiah ni memang pandai shoot gambar, shantek kata beliau..lepastu, bila dah geram teringin pulak nak lukis (tetiba datang mood) pun lukis lah macam kt bawah nu..

saya guna poster colour jer..tapi campur sikit acrylic


first lukis background dedaun hijau

kemudian baru masukkan kaler dekat teratai

taraa!!...

ni pic CIK KIA ambil dekat opis dia..pagi tadi dah pass artwork ni dekat dia.

SEKIAN. Wassalam.
pssssttttt..ade orang suruh lukih artis korea, hensem..hihihih

Sunday, 21 July 2013

Pameran Qarin bertemakan Islam : Matic KL jalan Ampang

Assalamualikum

Pameran Qarin telah pun berlangsung dan akan tamat pada akhir bulan ini, terima kasih diucapkan pada kawan-kawan yang tidak langsung mengenali dri ini tetapi tidak sombong semasa sesi pergantungan karya. Dan saya budak baru belajar sekali lagi terharu dan seronok kerana diberi peluang untuk join pameran ini, dan antara karya yang dipamerkan sesungguhnya sangat hebat2 belaka (jauh ketinggalan saya). Dibawah adalah antara gambar yang sempat saya shoot untuk tatapan semua.
terima kasih cik Wani pinjam henfon canggih beliau untuk shoot pic ni :)

















Thursday, 18 July 2013

Pameran Pensel Warna : Galeri Shah Alam

Assalamualaikum semua.
sebuah pameran bertemakan pensel warna telah pun habis diadakan di Galeri Shah Alam lalu. hehe.. dah lepas pun tapi baru je nak update pasal pameran ni. Azie mcm biasa, dalam hati nak masuk berkobar-kobar tapi ada komitmen yang harus azie tanggung. Bukan tak pernah cuba, ade!..kalau nak tahu ade satu artwork belum siap yang azie dh buat separuh jalan, namun masa dan kesibukan membatasi semuanya. Takpelah, lain kali dan lain tahun, insyaAllah kalau ada lagi pameran macamni, azie berazam nak masuk(doakan la yer)

berbulan-bulan lalu, sempat pergi tengok pameran kawan-kawan di Galeri Shah Alam, dan hasilnya memang WOW!!!..OHSEMM!!..tapi tak dapat nak snap banyak sebab nak cepat, nak kene pergi tempat lain pula. So harapa kawan-kawan saksikan lah sendiri beberapa pic yang sempat saya snap.

















Sekian , terima kasih :)

Wednesday, 10 July 2013

Pameran Qarin (bertemakan Islamic) di Matic KL

Assalamualaikum semua...
Sempena bulan Ramadhan tahun ni, Sebuah pameran yang bertajuk Pameran Qarin berkonsepkan islam telah diadakan di Matic KL, tidak ketinggalan sy pun join jugak. Artwork yang dipamerkan daripada artis sangatlah hebat (kecuali saya) dan saya pun pertama kalinya join pameran ni. Pertama kali mendengar Pameran ni (apabila di invite oleh rakan) sy terfikir, boleh ke buat karya ni..boleh ke habiskan sebab waktu sangat singkat..kalau tak join mmg rugi? banyak persoalan sebenarnya. Terutama sekali apabila pada waktu itu, office di unit sy sangat bz bz bz dan bz.. Asal ade waktu terluang di ofis, mesti sy study (di library, internet dan buku) pasal kesenian islaam ini. Seperti mana yang kita tahu, seni islam bnyak menggunakan bentuk geometri dan sangat popular selain khat. Idea asal adalah untuk menghasilkan 2 karya berbeza iaitu satu karya berbentuk khat dan satu karya berbentuk abstrak(dalam hati berdoa supaya Allah makbulkan doa untuk siapkan karya ni) Dalam leka membz kan diri dengan kerja ofis dan komitmen sebagai isteri dan ibu, saya gagahkan jua ambil waktu terluang saya (ketika husband dan anak tido) melakar apa yang termampu di atas kertas..dan akhirnya..Alhamdulillah siap juga 2 karya berbeza seperti gambar di bawah tu...


Sunday, 19 May 2013

Blogger Art!! saya ler tu......

Assalamualaikum

terdetik hati nak kongsi cerita pasal blog dan art dalam hidup saya harini. Saya boleh merepek meraban sebab ini blog saya dan tak banyak orang baca blog saya ni (malas nak cari follower) so kalau anda terbaca blog art yang tak berapa femes ni, sila lah habiskan dulu membaca nyer (kesian saya taip panjang panjang). Mesti anda semua pelik... duhh why this budak nk story story ni..upload art picture sudahh.... Hokey hokey... I pun nak cerita bagai jugak...

Kalau anda semua perasan blog dalam ni semua pasal art, takder langsung cerita pasal diri dan kehidupan saya, well..dulu ade lah blog pasal saya, tapi dek kerana saya ni dikurniakan sesusuk tubuh yg montel dan seraut wajah ala-ala segan hidup mati tak mahu..so saya gali dan tanam balik la hasrat sy untuk mengekspresikan kan kehidupan sy di alam maya ni. Saya suke dan seronok membaca blogger terkenal seperti maria elena fatin liyana lepastu blogger rakan ku yg aku kenal elfamisa ieda... 3 orang tu je yg aku aktif bace..blogger lain sprt cik epal, yuyu zulaika, badiah lai..etc...aku just ikut mood je, disebabkan aku malas nk bukak blog orang lepastu malas nk cari follower..kalau anda semua tengok follower aku mmg sangat sadis la sebab sikit sangat, lepastu xder orang nk komen bagai kt bawah entry (agaknyer mereka bosan kot). Itu tandanya aku adalah blogger yg sangat pemalas nk aktif, aktif kalau ikut mood( adik2 jangan tiru yer kalau nk jadi blogger yng berjaya)

aku bermula sebagai blogger pada tahun  2008, blog yang pada mulanya cerita pasal kehidupan sebagai gadis, cerita pasal perjalan untuk masuk ke alam perkahwinan dan juga pengalaman2 tinggal merantau di KL ni. Namun dek kerana busy dan komitmen kerjaya sebagai Graphic Designer(orang yang keje Designer je tahu nasib kami macamnane, no life but have Allah) keluar pagi gelap balik pun gelap...cuma pagi dengar ayam berkokok( kl ade ke ayam) malam dengar pontianak menjerit..hihihi..buat lawak sikit..hokey hokey kalau x lawak jangan gelak. Selepas itu, dah tak bnyak entry yang aku post, seingat aku la, entry yang akhir adalah entry KARI MANIS. lepastu dah lama tak buat entry just aktif Deviantart, ym pun dh malas. Tahun tu jugalah aku buat persiapan perkhawinan, memang bz dan bz. Akhirnya tahun 2009 aku berkahwin dan mendapat kerja baru dalam bidang permuziuman, Alhamdulillah..kerja tak sesibuk mana(orang baru lah katakan) so boleh lah terjun dalam bidang blogger sekali lagi, pun sama jugak, tak bnyak entry, akhirnya aku putuskan untuk membuat sebuah blog yang bertemakan ART..hmmm, setelah setahun menyiapkan bahan campur sekali tahun aku nak bersalin dan pantang, akhirnya tahun 2011 siap blogger Art yang tak seberapa femes ni.. ALHAMDULILLAH

Saturday, 27 April 2013

The Missing Alphabet

Assalamualaikum

Alhamdulillah, syukur kerana siap juga project Huruf versi wonderland ni. Bercerita pasal idea ni, sebenarnya dah lama pun, sejak 2008 lagi dah start drawing versi ni, cuma tahun ni tergerak hati nk buat betul-betul. Alhamdulillah sekali lagi. dah pun siap, dan proses untuk menghantar karya ni kepada Artgeng untuk pameran artgeng melaka di bastian house telah pun selesai, slepas ini, kalau berkesempatan akan sy cuba untuk masuk ke pameran seterusnya iaitu pameran Kesenian Islam.. doakan saya


Sunday, 24 February 2013

sulaman express

Assalamualaikum semua...
ini kisah si pemalas yang ingin cantik-cantik, ade orang rajin buat sulaman manik dekat baju, tapi aku, pakat beli je kain sulam yang dah readymade dekat kedai pengantin kan... penyudahnyer, jadila macamni. Alkisah pulak, sangat la seronok sebab baju yang dah pudar warnyanya dapat aku upgradekan jadi dalam gambar tuh. Hurmmm...not bad la...Tapi x lama, kesekian nya pulak, baju ni masuk dalam mesin basuh, dah tertanggal-tanggal sulam ni, sayang nak buang aku simpan je dalam peti, kot kot rajin nanti boleh jahit bali..hehe..ape punye kerje la...

cantik la pulak kan

Sunday, 17 February 2013

Tarian Bali...trilogy

Assalamualaikum semua....selamat bekerja kepada yang bekerja di hari isnin ni.
seperti biasa, akan aku upload beberapa drawing yang aku kira pantas juga membuatnya... aku kongsikan : TARIAN BALI.... motif aku buat drawing ni, hehe.......

semenjak aku masuk kumpulan gamelan cendanasari dalam pejabat aku ni, aura gamelan tu tiba tiba datang, entah kenapa aku rasa macam tertarik dengan perkembangan dan kewujudan tarian ni. Sebenarnya dalam gambar ni adalah tarian bali indonesia, bulan tarian gamelan melayu malaysia, tapi aku rangkumkan semua dlm satu buku yang akan aku buat, khas untuk tarian gamelan nusantara sahaja, doakanlah satu hari nanti, buku/sketch dapat aku siapkan demi anak cucu cicit aku nanti (berkobar-kobar). Dalam kumpulan gamelan tu, Alhamdulillah aku dapat menguasai kesemua alat sedikit demi sedikit seperti gambang kayu/gangsa, keromong, sarong pekin/banang dan juga demong..cuma sekarang aku belum dapat kuasai alat gendang. Alhamdulillah, demi dan kerana kesungguhan aku ni suka kan gamelan ni, aku dengan muka tak malunya masuk tarian gamelan..ha...mesti korang tak pervaya kan, badan segemok aku ni boleh menari....ini aku buat sebab aku rasa cintakan bende tradisional ni yang aku panggil GAMELAN.


Monday, 14 January 2013

Bapukung...adat orang banjar

Assalamualaikum
Saya Orang Banjar, Mak saya banjar dan Ayah saya pun Banjar jugak (alai), Tok nenek saya pun keturunan banjar jugak, kalau balik kampung, tak cakap bahasa banjar, tapi kalau Atuk(nenek) saya bersurah banjar memang pekat sangat gile la. Identiti orang banjar bila berjumpa sesama banjar mesti cakap, Kulaan (adik beradik, sedare mare), Kalau dekat malaysia ni masyarakat banjar paling ramai di Perak, Johor dan Selangor.  Saya berasal dari perak dan kawasan yang paling ramai diduduki adalah di Bagan Serai. Orang banjar suke makan ikan Wadi..hmmm nyum nyum..sedap giler taw. Makan kuih kalakatar...best ade isi kelapa mude...

 
Orang Banjar merupakan suku peribumi bagi sebahagian besar wilayah kalimantan selatan ,kecuali di Kabupaten. Mereka menggunakan bahasa banjar yang pada asasnya adalah bahasa Melayu. Nama Banjar diperolehi dari Kesultanan Banjarmasin atau dipendekkan menjadi Banjar, bertepatan dengan nama ibukota pada mula berdirinya.


Terdapat sekurang-kurangnya dua pendekatan yang cuba menerangkan mengenai asal usul orang Banjar. Pertama, pendekatan primordialisme yang dikemukakan oleh Alfani Daud. Kedua, pendekatan konstruktifis atau situasionalis yang pada mulanya dikemukakan oleh Idwar Saleh (1986), kemudian dikembangkan oleh Marko Mahin (2004).

Pendekatan primordialisme

Mengikut Alfani Daud (1997; 2004: 85) suku bangsa Banjar ialah penduduk asli sebahagian wilayah provinsi Kalimantan Selatan, iaitu selain kabupaten Kota Baru. Mereka itu diduga berintikan penduduk asal Sumatera atau daerah sekitarnya lebih dari seribu tahun yang lalu. Setelah berlalu masa yang lama sekali, dan setelah bercampur dengan penduduk yang lebih asli, yang biasanya dinamakan secara umum sebagai suku Dayak, dan dengan imigran yang datang kemudian, akhirnya terbentuklah setidak-tidaknya lima subsuku, iaitu:
  • Banjar Pahuluan
  • Banjar Batang Banyu
  • Banjar Kuala
  • Banjar Alai
  • Banjar Kaluak

 Guring – guring anakku guring
Guringakan dalam pukungan

Anakku nang bungas lagi bauntung

Hidup baiman mati baiman

Lirik di atas didendangkan manakala ibu-ibu masyarakat Banjar sedang menidurkan anak. Jika anaknya posisi berbaring lirik “pukungan“ dapat diganti dengan “ayunan“.
Yang lebih menarik adalah menidurkan anak ini sang ibu sambil bernyanyi dengan suara merdu berayun-ayun atau mendayu-dayu.
Isi lirik ini, puji-pujian pada anaknya yang ”bungas langkar ” dan doa agar anaknya kelak kuat imannya dalam agama sampai akhir hayatnya..... more



Monday, 7 January 2013

me + wedding

satu masa dulu aku pernah jadi puteri..(ayat tak henggat)


seperti mana aku, sama dengan orang lain..teringin nak tengok muka sendiri dilakar diatas kertas atau kanvas...tapi siapa ntah nk buat...masalahnya sekarang...aku kalau lukis muka sendiri takut terperasan plak..hidung kembang jadi mancung...pipi bulat jadi berlian...mata sepet jadi mata ala ala hindustan plak kan...antara hasilnya yang pertama, aku cuba lakar menggunakan teknik pencil dulu....hasilnya...hihhi..tak samapun


cubaan pertama gagal...memang lari banyak..aku cuba percubaan yang kedua dengan menggunakan teknik pencil color pulak..hasilnya, boleh la tahan.


dah siap...topeng

Assalamualaikum....
Pameran topeng sedunia dah dibuka untuk orang ramai...kami dan aku sebagai orang belakang tadbir ingin berkongsi sedikit sebnyak psl pameran topeng ini sebelum dibuka....