Pages

Tuesday, 25 October 2011

Love love love

cerite nyer (ce citer ce citer)... masa tu punyalah bosan sebab tunggu my teddy sampai untuk pergi ke kursus kahwin(dekat masjid negara). dah la bosan menunggu, tambah plak bosan duk kelas sebab kalau nak diikutkan aku ni dah masuk 2 kali pegi kursus kahwin ni. ingatkan x nak masuk kelas dah sebab dah ada sijil tahun 2002 haritu, oleh kerana di pujuk oleh my teddy..terpaksa akur la, dia kata takder teman, aku ni kan x naklah jadi tunang derhaka..cewah!!! so tunggula kursus yang bermula pukul 2.00 petang,
aku ni siap awal( pukul 11.00 pagi) sebab my teddy kata nak lunch dulu kat bellamy(pergh...ayam bakarnyer sedap). disebabkan aku ni tak beraper nak syok pakai aju kurung yang ala-ala sopan gitu, terpaksa la aku bersimpuh cantik duduk di atas sofa rumah sewa aku. Flat merah dekat area taman desa tu memang bising dengan suara suara bangla dan nepal(penin kapla). jadi untuk tidak memeningkan kepala aku ni, lantas aku buka tv kot kot ada ceriter menarik. Hurmm langsung tak der citer best...so apalagi, sketch book yang mmg dah tersedia kat sebelah aku terus capai dan....mula la aku berangan sambil jejari ayam ku ini menconteng sampai jadi mcmni...kat bawah ni


dipendekkan ceriter, my teddy pun sampai dengan wajah yang ala ala bengis sebab terpaksa mencari parking dekat rumah aku ni yang dah sempit. tapi bila nampak wajah aku yang bolat dan cute ni terus dia tersenyummm...ihik.

No comments:

Post a Comment