Pages

Friday, 28 October 2011

Bulan Puasa Menyeronokan

Entah mengapa hati ini terkenang kembali memori waktu kecil dulu. Kami berlima seronok sangat dapat makan yang sedap-sedap masa bualan puasa tu. Masa tu la mak kami dapat masak macam-macam juadah yang jarang kami makan. Dan yang paling wajibnyer..air soya ataupun air laichi kang yang bertingkat tingkat menjadi kegilaan kami 5 beradik. Si usop paling kecik dia tak tahu dunia pun sebab dia kecil lagi, yang dia tahu kami suapkan dia makanan, dia nganga jer..heheh.
cuba tengok dan perati gambar di bawah ni...lepastu nak suruh semua kita ingat balik diwaktu kita kecil dulu, pernah tak kita semua merasa kenangan yang macamni. heheheh

ini adalah hasil lukisan kartun daripada adik saya


Tuesday, 25 October 2011

Love love love

cerite nyer (ce citer ce citer)... masa tu punyalah bosan sebab tunggu my teddy sampai untuk pergi ke kursus kahwin(dekat masjid negara). dah la bosan menunggu, tambah plak bosan duk kelas sebab kalau nak diikutkan aku ni dah masuk 2 kali pegi kursus kahwin ni. ingatkan x nak masuk kelas dah sebab dah ada sijil tahun 2002 haritu, oleh kerana di pujuk oleh my teddy..terpaksa akur la, dia kata takder teman, aku ni kan x naklah jadi tunang derhaka..cewah!!! so tunggula kursus yang bermula pukul 2.00 petang,
aku ni siap awal( pukul 11.00 pagi) sebab my teddy kata nak lunch dulu kat bellamy(pergh...ayam bakarnyer sedap). disebabkan aku ni tak beraper nak syok pakai aju kurung yang ala-ala sopan gitu, terpaksa la aku bersimpuh cantik duduk di atas sofa rumah sewa aku. Flat merah dekat area taman desa tu memang bising dengan suara suara bangla dan nepal(penin kapla). jadi untuk tidak memeningkan kepala aku ni, lantas aku buka tv kot kot ada ceriter menarik. Hurmm langsung tak der citer best...so apalagi, sketch book yang mmg dah tersedia kat sebelah aku terus capai dan....mula la aku berangan sambil jejari ayam ku ini menconteng sampai jadi mcmni...kat bawah ni


dipendekkan ceriter, my teddy pun sampai dengan wajah yang ala ala bengis sebab terpaksa mencari parking dekat rumah aku ni yang dah sempit. tapi bila nampak wajah aku yang bolat dan cute ni terus dia tersenyummm...ihik.

Monday, 24 October 2011

Kasihnya Ibu

Ibu yang ku sayang,


Heart...jiwa jiwang ku

kembali kepada fitrah manusia, sekeras kerasnya kita, masih lagi kita dibaluti rasa sayang dan kasih terhadap semua insan, cuma kita ni sahaja yang terlalu ego untuk mengakui yang kita ini berjiwa jiwang...betul tak???

sekali lagi saya share artwork saya yang bertajuk: Jiwa Jiwangku


Munge munge chenta

hai..kalini aku nak share pasal artwork ni. artwork ni dah lama, dalam 4 tahun dah..hampir hampir. kebiasaanya kalau aku tengah sorang sorang memang berlambak lambak idea yang datang..dan akhirnya jadila artwork cenggini.

The door of the year

Assalamualikum

Terasa makin lama makin hampir kita kepada Januari. Ini juga adalah satu artwork saya yang menggunakan teknik digital. Adobe Illustrator sepenuhnya. tetapi dibawah yang gambar no 2 adalah artwork original sebelum di create dlm computer.


ini adalah artwork yang telah di create dalam adobe
ini artwirk original sebelum di vectorkan

A for my life..

Assalamualaikum, tajuk bahasa inggeris tapi cerita dalam bahasa melayu..takperkan rojak rojak sket. Artwork dibawah ni adalah artwork daripada aku yang menggunakan pencil yang dah kontot. kalau nak cerita pasal artwork ni memang la panjang, tapi aku tahu korang pun malas nak baca teks yang panjang-panjang, so just sikit je teks untuk pengenalan artwork ni

artwork ni aku namakan : A..for my life, diatas kertas menggunakan pencil dan pemadam. time aku buat ni, time aku boring masa aku duk lepak kat beranda rumah aku kat vista angkasa sambil tengok gelagat mamat mamat hensem tengah ambil awek diorang pakat nak g deting ler...aku..hurmmm takder pakwe masa tu...main main adeler...

a...for my life

for Allah too