Pages

Thursday, 1 December 2011

Rantai Art ' REVISIT'

Salam semua, kite akan mengambil bahagian dalam event ni. Ini first time kite join sebab selama ni x pernah terfikir langsung nak terlibat sebab merasakan artwork yang x beraper nak meletop ni. So, ramai member yang suruh gak kite join, macam biasalah...sorang sorang nak join takder maknenyer..so cari member yang nak, at last syukur Alhamdulillah Kak Sara sudi nak join skali. Ok la tu.

mungkin kite banyak hantar artwork yang lama lama...yang dulunya kita kumpul di dalam DEVIANTART. Mungkin juga ada  2 artwork baru yang akan kite buat(kalau sempat la..doakan ya). So kepada kawan kawan yang ingin melihat artwork kite ni..meh la ramai ramai datang ke .... alamat ada kat bawah yer..sila la tengok  :)

klik untuk besarkan

klik untuk besarkan

Monday, 14 November 2011

Vector untuk Ukiran kayu

Kalau disebut ukiran kayu, mesti anak anak remaja zaman sekarang tak berape nak berminat untuk menceburi bidang ni. Kalau aku, mestilah suke, tapi tidak punyai kepandaian dalam mengukir kayu yang keras ni apatah lagi batu, jadi sebagai pengganti supaya aku ni tetap dipanggil anak melayu, aku tetap mewarisi kepandaian melakar ukiran kayu ini didalam komputer(modern sikit kan)

dibawah ini yang telah siap kite buat dan namanyer ukiran bunga bayam
klik gambar untuk besar

yang dibawah ini pula, sedang dalam proses sebab tulah warna line tu, kaler merah, senang nak tengok, kang kalu warna same konpius plak yang mana satu line aku. :)
klik gambar untuk besar

dibawah adalah proses dimana aku sedang melakar ukiran kayu melayu lama yang diberi nama Langkasuka
klik untuk saiz besar  :)

Friday, 28 October 2011

Bulan Puasa Menyeronokan

Entah mengapa hati ini terkenang kembali memori waktu kecil dulu. Kami berlima seronok sangat dapat makan yang sedap-sedap masa bualan puasa tu. Masa tu la mak kami dapat masak macam-macam juadah yang jarang kami makan. Dan yang paling wajibnyer..air soya ataupun air laichi kang yang bertingkat tingkat menjadi kegilaan kami 5 beradik. Si usop paling kecik dia tak tahu dunia pun sebab dia kecil lagi, yang dia tahu kami suapkan dia makanan, dia nganga jer..heheh.
cuba tengok dan perati gambar di bawah ni...lepastu nak suruh semua kita ingat balik diwaktu kita kecil dulu, pernah tak kita semua merasa kenangan yang macamni. heheheh

ini adalah hasil lukisan kartun daripada adik saya


Tuesday, 25 October 2011

Love love love

cerite nyer (ce citer ce citer)... masa tu punyalah bosan sebab tunggu my teddy sampai untuk pergi ke kursus kahwin(dekat masjid negara). dah la bosan menunggu, tambah plak bosan duk kelas sebab kalau nak diikutkan aku ni dah masuk 2 kali pegi kursus kahwin ni. ingatkan x nak masuk kelas dah sebab dah ada sijil tahun 2002 haritu, oleh kerana di pujuk oleh my teddy..terpaksa akur la, dia kata takder teman, aku ni kan x naklah jadi tunang derhaka..cewah!!! so tunggula kursus yang bermula pukul 2.00 petang,
aku ni siap awal( pukul 11.00 pagi) sebab my teddy kata nak lunch dulu kat bellamy(pergh...ayam bakarnyer sedap). disebabkan aku ni tak beraper nak syok pakai aju kurung yang ala-ala sopan gitu, terpaksa la aku bersimpuh cantik duduk di atas sofa rumah sewa aku. Flat merah dekat area taman desa tu memang bising dengan suara suara bangla dan nepal(penin kapla). jadi untuk tidak memeningkan kepala aku ni, lantas aku buka tv kot kot ada ceriter menarik. Hurmm langsung tak der citer best...so apalagi, sketch book yang mmg dah tersedia kat sebelah aku terus capai dan....mula la aku berangan sambil jejari ayam ku ini menconteng sampai jadi mcmni...kat bawah ni


dipendekkan ceriter, my teddy pun sampai dengan wajah yang ala ala bengis sebab terpaksa mencari parking dekat rumah aku ni yang dah sempit. tapi bila nampak wajah aku yang bolat dan cute ni terus dia tersenyummm...ihik.

Monday, 24 October 2011

Kasihnya Ibu

Ibu yang ku sayang,


Heart...jiwa jiwang ku

kembali kepada fitrah manusia, sekeras kerasnya kita, masih lagi kita dibaluti rasa sayang dan kasih terhadap semua insan, cuma kita ni sahaja yang terlalu ego untuk mengakui yang kita ini berjiwa jiwang...betul tak???

sekali lagi saya share artwork saya yang bertajuk: Jiwa Jiwangku


Munge munge chenta

hai..kalini aku nak share pasal artwork ni. artwork ni dah lama, dalam 4 tahun dah..hampir hampir. kebiasaanya kalau aku tengah sorang sorang memang berlambak lambak idea yang datang..dan akhirnya jadila artwork cenggini.

The door of the year

Assalamualikum

Terasa makin lama makin hampir kita kepada Januari. Ini juga adalah satu artwork saya yang menggunakan teknik digital. Adobe Illustrator sepenuhnya. tetapi dibawah yang gambar no 2 adalah artwork original sebelum di create dlm computer.


ini adalah artwork yang telah di create dalam adobe
ini artwirk original sebelum di vectorkan

A for my life..

Assalamualaikum, tajuk bahasa inggeris tapi cerita dalam bahasa melayu..takperkan rojak rojak sket. Artwork dibawah ni adalah artwork daripada aku yang menggunakan pencil yang dah kontot. kalau nak cerita pasal artwork ni memang la panjang, tapi aku tahu korang pun malas nak baca teks yang panjang-panjang, so just sikit je teks untuk pengenalan artwork ni

artwork ni aku namakan : A..for my life, diatas kertas menggunakan pencil dan pemadam. time aku buat ni, time aku boring masa aku duk lepak kat beranda rumah aku kat vista angkasa sambil tengok gelagat mamat mamat hensem tengah ambil awek diorang pakat nak g deting ler...aku..hurmmm takder pakwe masa tu...main main adeler...

a...for my life

for Allah too

Wednesday, 17 August 2011

Lisa Surihani

Assalamualaikum...
Sape la yang tak suke Lisa Surihani kan....aku antara ribuan peminat..dan my hubby pun minat dkt dia jugak, Lisa ni cantik, kalau berlakon jadi jahat pun nmpak cantik juga... kalau berlakon jadi baik..alahai bertambahlah ayu, aku pun tak pasti dia ni berdarah campuran aper...agaknyer inggeris kot atau arab ker...sebab lawa kan...tapi tak semua sempurna...dia ni pun pelat jugak...tapi okeyla..pelat pun terkenal...ko??







tara.... membebel dari tadi...dah siap dah...hmm tak serupa sgt la, oke takper try again lah..

Monday, 15 August 2011

tips tips perkahwinan tema peach

Peach wedding - The idea of marriage to awedding asweet, gentle and romantic, why not choose the color of peach. This color contains the meaning of admiration in others. In a wedding, this color can mean your admiration in the pair and vice versa. Combine peach with orange color to enhance and sharpen the sweet peach. To enhance the romantic, combine peach color with white. If you want to add the impression of masculine, combine peach color with black.
If you use a bridal gown, you can choose the color of peaches for a reception dress that can be combined with any other color. And for those of you who use wedding dress, can choose the color of peach as a theme bridesmaid dresses. Do not forget to wear a peach-colored shoe to sweeten ypour appearance.
To add nuance peach at awedding, you can order foods that contain this exotic fruit. For example, peach pudding or peach flavor drinks. Peach in addition to the sweet taste, also contain high vitamin c and can prevent premature aging and cancer. Make your wedding more romantic and sweet with wedding ideas, peach wedding.....speaking london plak saye..hihhihi


Wednesday, 10 August 2011

Painting yang kacau bilau

Kenapa seksa sangat nak buat painting nih!!!...xder feel!!!..jenuh dah aku cari mood..kat ceruk rumah aku, dalam bilik mandi, dalam bilik air, dapur, dekat tangga, atas bendul, sofa, katil, depan tv....last-last skali bolehlak mood tu datang dekat belakang sofa..heh!!!...apada...
 
FIRST STEP: macam biasalah..hati n jiwa ni dah berkobar kobar nak conteng kanvas, kalini aku x buat painting macam biasa. Akul lukis dulu guna pencil..lakaran tu aku buat cantekk!!!...terbaek!!!..tetiba aku pening..dah aku buat segala shadow yang amat...nantikan dah letak kaler...aper cer...mestila dah x nampak..hadoyai..mengong sekejap....dah tu...nak kena pulak warna berhati-hati takut terkena shadow pensel tu...hati ni x boleh nak bersabar sebab aku kalau melukis suke conteng-contengnyer ala-ala van gough dengan monier...dalam hati kata "sabar..sabar..warna perlahan-lahan"..tapi dekat jari jemari montok ni rase cam nak tersasar-sasar jer...erkkk...tahan tahan...rasenyer dah x tahan nih...aku pun apalagi..contenglah....so..amik ko..jadila macam kat atas nuh..lain yang dilukis, lain yang dikaler...


















SECOND STEP: haha...agak agaknyer aku rase macam lain macam jew..aku nyer style nih..aitt..cboleh jadi nih, aduih..aku dah pening!!!..amik jalan shortcut...amik berus paling besau skali...zass!!..zass!!..zass!!...so jadilah step yang macam kat bawah nuh...haih pelik harini.

Third step : arghh!!!!...malas malas malas..dah xder mood...I'm not in the MOOD today...so, dengan malsnyer aku ambil acrylic tanpa celup air...zass!!..zass!!..zas!!..jadilah bunga n daun ikut suke hati aku..heheh.
 

















Finally : so..beginilah rupenyer kalau dah x der mood nak melukis..tapi aku ambil nasihat mak aku...buat keje tu sampai habis..jangan x habiskan..x elok sebagai pompuan...
hehehe..thanks mak..nasihat mu amat berguna..i love u

Monday, 8 August 2011

Wedding : GARDEN THEME..dalam taman bunge


Bila kita terfikir pasal English garden wedding, mesti kita akan terfikir tentang sebuah taman yang amat cantik bagai di syurga, bunga Bungan yang cantik dan harum dan juga pemandangan yang hijau semulajadi dan sejuk mata memandang, di sebelah kotak kecil minda kita pula akan terfikir pasal minum teh(tea) yang mana ia popular di kalangan orang berada english diwaktu petang. Kalau nak diikutkan tema ni sungguh mudah dan simple, tak semestinya kita kena buat di dalam taman-taman yang luas dan taman awam, sebenarnya kita juga boleh buat di kawsan lapang atau kawasan bertaman di belakang dan ditepi rumah yang bertanah. Tema ini juga boleh bermain dengan pelbagai warna campuran kerana tema garden adalah untuk semua warna. Keadaan masa dan ketika juga memainkan peranan yang penting, azra suggestkan buat diwaktu pagi, tengahari atau awal petang…untuk diwaktu malam..ermm…mungkin banyak gunakan lampu kot. Jangan lupa letak disetiap meja sebuah atau 1 set teapot yang comel dan juga cupcake serta flower arrangemnts yang comel. Tidak semestinya kita perlu letak bunga rose segar kerana ia mahal kan!!!so..jalan penyelesaiannya boeh letak bunga daisy ke, carnations ke, atau ape ape bunga yang anda rase ok!!!
Sebenarnya kalau nak dikutkan tema English garden ni, jamuan makannyer simple simple jer..tapi dekat Malaysia kite makan nasi berlauk, nasi beriyani lauk kambing panggang tu..tapi itu ikut selera malaysiala..iye tak?


sumber : google